Wednesday, May 1, 2013

Treatment berikutnya

Ok nak taip laju2 dan nk ringkaskan treatment yang berlangsung 3 cycle  ni. Sb nt lama simpan ada pula yg tertinggal kn. Hehehehhe. Ok meh nk ringkaskan je perjalanan treatment itu

Ok kan kene dtg balik pada CD13,so aku dtg la sorg2 sb kekanda keje. Datang ptg so kene amik half day keje. Lama woo tgu,dekat sejam juga la. macam2 ragam manusia boleh jumpa. Then ekon sejuk sgt smp nk terkucil. So ngum2 selesai dar terkucil,nama dipanggil. Cam 1st appointmnt:-

Dr : Ok sila baring
Aku : Akur la kan
Dr: Hem telur xberapa nk besar. 15mm je. ada lagi 1 telur pun xcukup besar. 8mm..
Aku: Kenapa kalau xbesar?
Dr: Saiz telur yg sesuai untuk matang ada 18mm. Baru potensi nk peknen tinggi.
Aku : Oooo

Then doktor ada suntik sesuatu. Aku xtau ape menda tu..hahahahhaa. Selepas itu doktor tanya nk buat iui terus x sb kes aku xde masalah. Kes senang sebenarnya. So aku ckp nnt dulu la,nk try manual dl. Then doktor pesan suh bersama selang sehari bermula esok..hehehhee.. baik doktor..

CD28 saspen.. mmg saspen la tgu period lepas btl2 serius nk baby..hehehhe.. Tgu smp CD30 xmai2 juga,tp perut ada rasa sikit xselesa. masa ni mmg xpk peknen ke apa sb mmg cycle kadang2 biul sikit.. and seperti yg dijangka,period pada CD33.. ok kecewa..tp xpe la.. bila period automatik CD2 kene g klinik semula. So kene la pergi.

Masa ni doktor scan luar je perut. Dia ckp rahim ok. dah tebal sikit. And tanya ada pernah mkn pil subur x? aku cakap la xpernah. so dia bagi la 50mg dl. macam2 ubat ada aku xingat la nama dia. Tp nnt aku capture gmbr bekas ubat tu and tepek kat blog ni k..hehehe..

So berulang alik la kau ke klinik pada CD7 and CD13. Pada CD7 telur aku still xbape beso. So doktor nk suntik FSH kot nama ubat tu..Cucuk guna Puregon Pen.. Mahal tau.. hehehe sekali cucuk rm100.. dah la kene cucuk 5 hari.. so terbang la rm500.. demi dapatkan zuriat,mak sanggup nak..



1) Kawasan cucuk seelok-eloknya 3cm dari pusat
2) Pegang puregon pen dengan tangan kanan seperti pensil tulis
3) Cara cucuk yang afdal:
- cubit bahagian perut yang hendak dicucuk (dgn tangan kiri)
- puregon pen dipegang dengan tangan kanan & cucuk jarum perlahan-lahan
- bila jarum dah terbenam di perut, lepaskan cubitan & ambil pad alkohol (tangan kiri)
- tekan butang puregon pen, tunggu 10 saat kemudian keluarkan jarum sementara tangan kiri cuci luka cucukan tersebut menggunakan pad alkohol.

Pada CD13 datang check telur,and alhamdulillah telur membesar pada 18mm. Doktor ckp jom try iui. Esok dtg buat iui. So aku pun call kekanda suh cuti.. hohohoh.. excited mak nak..hohohoho

Ok kang sambung plak cite pasal iui.. Nak lunch jap..hhehhee

See u ya...

No comments:

Post a Comment