Wednesday, May 8, 2013

Bila "Kawan Baik" datang



Assalamualaikum dan hai semua.. Bila baca tajuk entry kali ni je mestid ah tau kan apa isi kandungannya.. Huhuhu.. Yup usaha untuk bulan itu tidak berjaya. Period datang pada CD30.. lewat sehari.. ingat dah positif dah..(padahal CD27 samap CD29 men2 ngan UPT test,tp -ve).. Tapi kali ni punya period berlainan dari selalu. Kene senggugut yg sgt2 sakit smp xboleh nk jalan. Darah pun berketul2 keluar pada CD1.. Sakit dia mmg sakit la.. ye la aku xpernah kene PMS ni.. Ni kali ke dua la aku kene dalam seumur hidup aku. 1st time kene dulu masa 6 bulan kawen. Mmg nagis la kan sampai kene g Bahagian Kecemasan Hospital.. hohohoho..

So CD1 bleeding heavy sgt.. CD2 sampai CD5 dah kurang sgt. CD6 dah boleh mandi wajib dah. So pada CD1 aku dah mula amalkan EPO. Beli kt Quardian. Dorg tgh wt sale. So dapat la 2 botol EPO  brand Naturalle +Fish Oil. Dapat la beli Value Pack punya. RM54.90. Ok la kan. Dapat 120 biji. Dapat la buat stok beberapa cycle nt.. hehehehhe

Pil ni makan dari CD1 hingga hari subur. Mula2 aku blur juga tapi pas tanya TTC tegar,dorg terangkan cara2 makan dan tempoh makan EPO ni. So kene stop pas jumpa EW kn? hehehhe. Skrg ni aku CD8 .. so ada lebih kurang 6 hari lagi nk sampai hari subur.. Harap EPO ini membantu la ye..

Kepada TTCian yang bercadang nk try EPO ni,boleh la cek status halal dia dulu ye.. Hehehehe. Banyak sebenarnya produk EPO ni.. Just pilih je mana yang berkenan.. Hehhee

Ok selamat berEPO. Pasni nak berBBT pulak..hehehe


Sunday, May 5, 2013

Kesan serbuk debunga kurma



Hai TTCian sekalian. So mcm yg dh aku cite pada entry lps,mcm2 aku dh cuba kn. Serbuk debunga kurma la..madu la..buah delima la. FertilAid la. heheheheh. And mmg pukul habis la kn. Hehehee. Sebenarnya aku br je 1 cycle mkn semua yg disebut tetapi sgt seronok bila pd CD12 aku jumpa EW.. Terkejut tp happy woo. Tgu kul 230 ptg nk test guna OPK. Dup dap dup dap tau.. Mmg tak minum air byk pun dr kul 11 pg sb xmau ganggu bacaan OPK nt..  Pas test,teng..teng..teng.. 2 line yg same kabur. Buka tenet google r. Ooooo positif ke.. Sms kekanda bgtau dh jumpa hari subur..kene berBD mlm kang.. heheheh..

CD13 jumpa lg EW,test guna OPK,T lebih terang dr C. Comfirm +ve. fuh kalo r UPT test +ve alangkah gembiranya ht. Hehehehe.. So berBD r kami dengan diiringi doa. CD14 pun berBD bio potensi nk lekat lebih tinggi.. And bersebar r tgu period kan. Hope x dtg r utk 9bulan akan dtg. heheh hehee...

Jenuh skodeng line kat OPK tu tau.. almaklum baru 1st time nk guna.. Hope ada sinar untuk kami nanti.. So tunggu...




Friday, May 3, 2013

Sambung Berusaha




Hai there.. hem seperti yang ditulis pada entry lepas,proses iui telah gagal. So tekad nk berehat dari treatment. Nak berusaha secara nature. So start November,aku xde amik apa-apa ubatan. kira 1 cycle la. Nk naturalkan badan balik la konon. Huhuhuhu.. then Berusaha secara manual. Tapi gagal juga.. So selepas hbs period cycle disember,aku mula amik FertilAid For Women dengan kapsul Habbatus Sauda. 
FertilAid for Women

FertilAid ni aku beli pakej sekali ngan Men punya. Nak bagi kekanda makan sekali tapi syg nya kekanda tidak mahu makan. huhuhuhu.. So terbiar je benda itu.. Huhuhuhuhu.. Perubahan yang aku dapat bila makan pil ini:-

  Minggu 1st
        ~ Badan naik. Padahal makan cam biasa.
        ~  pening.. 
        ~ Badan rasa panas woo.. macam nk demam
        ~ Lawas yakyak ( suka ok )

Minggu seterusnya
       ~ kurang pening 
       ~ terasa kering 'di bawah'

FertilAid ni tak boleh makan bersama pil kesuburan yang lain. Bergaduh dia dalam perut kita nnt. So kene minum air lebih untuk turunkan suhu badan. Pil ini amik 2 biji sehari. Pagi dan Malam.

Habbatus Sauda plak aku amalkan sebab nak jaga kesihatan badan.. Hehehhee.. 
Kesimpulannya, FertilAid ni mmg membantu utk EW. Lebih baik makan sekali ngan FertilAId CM. Tapi aku xamik la,sb harga dia.. Hohohohoho.. Aku amalkan FertilAid ni sebotol je. Habis stok,xamik dah sb tak mesra badan la.. Hahahahha.. Makin montel.. risau mak nak.. 
So nak try produk lain plak nt. Macam2 sebenarnya produk yang ada utk bantu kesuburan ni. Just kene cuba dan tgk penerimaan bdn kita. 

Pada awal 2013 aku cuba berjinak2 dengan serbuk debunga kurma plak.. Mula2 aku beli dekat hamilcomel sekali ngan OPK stick. Aku amalkan makan dengan madu asli. Mmg betul apa yang tertulis dalam blog2 TTC yang dah try serbuk kurma ni,bau dia sebiji bau air mani. hehehe.. tp bila makan dengan madu asli,kuang la bau dia kan. Serbuk ni xboleh makan time period. Kalau xsilap,nt kering plak period. So aku amik bila period betul2 dh kering,biasanya CD8. Amik sampai period datang balik.

Dalam masa yang sama ada la tanam kacang hijau. konon nak buat taugeh kan..hahahha.. last2 xjadi sb malas nk rebus taugeh tu.. So  beli je kat kedai,tumis or buat ulam je.. Tu pun kadang2. Bila hari2 makan taugeh,nt kekanda akan kuar statement ini "alahai taugeh lagi".. kahkahkah.. sabau je la kan..
Maka diselang seli kan la sengan sayuran hijau lain.

Sebenarnya aku sangat suka bila dengar ada kenalan mak abah or sedara mara aku yang nk ke Tanah Suci. Aku akan minta dorg sedekahkan duit kpd penjaga masjid di mekah. Ye la mekah punya masjid xde tabung,menurut mak cik aku la.. Dengan niat semoga bertambah rezeki aku nt. Mmg tak pernh miss buat aktiviti sedekah ini. Gembira wa cakap sama lu. hehehe.. And ada juga sedara yang ingat kat aku bila dorg buat haji or umrah.. Sedih and terharu bila dorg balik dari Tanah Suci,dorg ada belikan serbuk debunga kurma dan minyak habbatus sauda untuk aku. Dia pesan,masa makan tu niat la semoga di kurniakan zuriat. Terharu tp happy sgt. 


Ada sorg lagi sedara aku,bagi pada aku kurma muda dengan delima. Buah delima dari tanah arab ni sngt sedap. Lain dari yang jual kt pasaraya2.. Kurma muda ni aku rendam ngan susu panas kejap,bg lembut then makan begitu shj. Rasa lemak2.. hehehhee

Semoga doa mereka akan termakbul la ye untuk tgk aku peroleh zuriat aku sendiri. Amin..

Ok nnt aku update padal kesan pas amalkan makan2 di atas ye..

S.E.D.I.H

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai sangat sedih sebenarnya bila dapat tahu beberapa org rakan aku telah kehilangan suami tercinta. Tak dapat digambarkan perasaan dorg camne.. Aku yang org asing ni pun terasa sedih. Inikan tuan badan.. sob..sob.. Tapi itulah,aturan qada' qadar ALLAH.. Kita kene redha dengan ketentuan-NYA..

Kepada aza,semoga kalian tabah ye.. Suami yang pergi semasa usia perkahwinan kalian baru 3 bulan tapi ALLAH telah takdirkan kamu "bunting pelamin" yang akan jadi waris kalian. Jaga elok2 ye zuriat/waris arwah itu sebaik2nya.

Buat azirah,sangat sedih ok. Bila terbayang senyuman kamu yg manis itu berubah menjadi mendung dan tangisan. Tapi ALLAH telah kurniaan seorg putera untuk kamu. Jagalah zuriat kamu itu sebaik-baiknya ye..

Aku doakan semoga arwah sentiasa tenang dan ditempatkan di kalangan org yang beriman.. amin

Al. Fatihah


Hem xdapat dibayangkan kalau aku di tempat kalian.. Huhuhuhu.. Semoga ALLAH menjaga keselamatan dan kesihatan kekanda aku..

Thursday, May 2, 2013

G.A.G.A.L

 



Bissmillah.. Hem bila baca tajuk je mesti dah dapat agak kan? Yup proses iui aku gagal.. entah la,masa CD33 mmg period xdtg lagi tp alami sakit perut yg tetiba sgt sakit.. Menangis juga la kan sb dpt rasa yg sakit nk period. Sekali mmg betul dugaan aku. Period datang pada CD34. sedih tp redha. Masa CD1 period tu ada bincang dh ngan kekanda,nk teruskan treatment ngan klinik or stop dulu? Kekanda cakap terpulang la,sb kewangan xbape nk izinkan.( kerja makan gaji kn) so aku buat keputusan,rehat kan diri dulu la.. Frust sgt tau.. huhuhuhu..

Hem pasni xmau pk sangat dah.. nk enjoy je la.. Kalau pk sgt nanti stress pulak kan? Jom g holiday ke Pulau Langkawi.. hehehehhee



I.U.I Prosedure

I.U.I.. satu proses untuk persenyawaan yang hebat juga.. Kagum dengan kepintaran pakar-pakar zaman sekarang. Zaman dulu kala mana la ada benda-benda ni semua kan. Ok berbalik kepada cite aku dulu,aku kan ada bgtau yg doktor nk ktrg buat I.U.I. So selepas berbincang ngan kekanda,ktrg pun setuju la nk buat i.u.i tu. Proses dia mudah je tp ngeri bagi aku..huhuhu.. Secara ringkas la ye aku cite:

CD14 : pukul 8pg dah kene standby kt klinik. Tgu doktor. Doktor dh pesan dh jgn bersama sekurang2nya 2 hari sebelum i.u.i. Nk suh simpan stok..hohohoho..

9.30pg: Nurse bw daftar. Amik bekas dan jarum panjang. Xtau apa nama dia.. Then bw round2 wad. dalam hati duk pk,nk g operation ke ape. Then nurse call wad lain tny ada bilik kosong x. Masa ni dh nk gelak dah. Then nurse ckp masuk bilik no 1. Jgn lupa tutup pintu and kunci.. Dah selesai nanti turun tgkt 1.. Ok ktrg masuk dengan keadaan blur. Lawak giler. Rupanya dorg nk suh berbaby dancing la.. kalau x camno nk dapat stok utk IUI.. kahakahakahakahakah.. Ok dah selesai semua,serahkan stok and masuk bilik operation.. Sgt takut. Nurse suh kekanda balik dulu sb proses lama,dah setel nt dorg akan call..

Masa dalam bilik operation rasa gigil badan. Takut tp kuatkan semangat.. Bilik dia sgt sejuk.. Kene tahan dari terkucil sb nk punch pundi ke atas kan. SO potensi nk berjaya lebih tgi.. Huhuhuhu. 20 minit tgu,doktor pun smp. Masa tu nurse dh suh letak kaki kat atas, Pergh dh macam orang nk bersalin ok. Kene regang2kan bdn,jgn stress.. Then masa proses iui tu,perut rasa ada benda masuk. Peedih sikit. Kejap je la proses tu,dalam 10 minit gitu. Selesai proses suntik stok dalam rahim,doktor suh rehat jgn gerak2 dalam sejam. Hah masa ni la perut rasa sgt sakit sampai menangis tau.. huhuhu Ya ALLAH kenapa aku mesti lalui semua ini. tapi jika ini kehendak KAU,hambamu ini redha. Demi mencari denyutan nadi itu..

Selepas sejam,nurse dtang untuk membantu. Siap2 call kekanda. Muka dah pucat dah sb sakit tau.. Kos iui RM400.. Harapan sgt tinggi semoga iui ini berjaya. Masa byr kos iui,nurse pesan kalau dtg period,CD2 kene dtg balik klinik utk prosedur mcm biasa semula.. Huhuhu.. harap2 xdtg la period kan..

Then balik rumah utk rehat. Mmg taj bermaya dah. Sakit and letih badan. Doktor pesan pas iui,sila berBD sekerap yg boleh utk tingkatkan peluang peknen. Tp xdpt nk buat sb ktrg kan PJJ.. Huhuhuhu.. Then berdebar tgu CD28.. CD29....

Agak-agak.. berjaya tak i.u.i ini?????









Wednesday, May 1, 2013

Treatment berikutnya

Ok nak taip laju2 dan nk ringkaskan treatment yang berlangsung 3 cycle  ni. Sb nt lama simpan ada pula yg tertinggal kn. Hehehehhe. Ok meh nk ringkaskan je perjalanan treatment itu

Ok kan kene dtg balik pada CD13,so aku dtg la sorg2 sb kekanda keje. Datang ptg so kene amik half day keje. Lama woo tgu,dekat sejam juga la. macam2 ragam manusia boleh jumpa. Then ekon sejuk sgt smp nk terkucil. So ngum2 selesai dar terkucil,nama dipanggil. Cam 1st appointmnt:-

Dr : Ok sila baring
Aku : Akur la kan
Dr: Hem telur xberapa nk besar. 15mm je. ada lagi 1 telur pun xcukup besar. 8mm..
Aku: Kenapa kalau xbesar?
Dr: Saiz telur yg sesuai untuk matang ada 18mm. Baru potensi nk peknen tinggi.
Aku : Oooo

Then doktor ada suntik sesuatu. Aku xtau ape menda tu..hahahahhaa. Selepas itu doktor tanya nk buat iui terus x sb kes aku xde masalah. Kes senang sebenarnya. So aku ckp nnt dulu la,nk try manual dl. Then doktor pesan suh bersama selang sehari bermula esok..hehehhee.. baik doktor..

CD28 saspen.. mmg saspen la tgu period lepas btl2 serius nk baby..hehehhe.. Tgu smp CD30 xmai2 juga,tp perut ada rasa sikit xselesa. masa ni mmg xpk peknen ke apa sb mmg cycle kadang2 biul sikit.. and seperti yg dijangka,period pada CD33.. ok kecewa..tp xpe la.. bila period automatik CD2 kene g klinik semula. So kene la pergi.

Masa ni doktor scan luar je perut. Dia ckp rahim ok. dah tebal sikit. And tanya ada pernah mkn pil subur x? aku cakap la xpernah. so dia bagi la 50mg dl. macam2 ubat ada aku xingat la nama dia. Tp nnt aku capture gmbr bekas ubat tu and tepek kat blog ni k..hehehe..

So berulang alik la kau ke klinik pada CD7 and CD13. Pada CD7 telur aku still xbape beso. So doktor nk suntik FSH kot nama ubat tu..Cucuk guna Puregon Pen.. Mahal tau.. hehehe sekali cucuk rm100.. dah la kene cucuk 5 hari.. so terbang la rm500.. demi dapatkan zuriat,mak sanggup nak..



1) Kawasan cucuk seelok-eloknya 3cm dari pusat
2) Pegang puregon pen dengan tangan kanan seperti pensil tulis
3) Cara cucuk yang afdal:
- cubit bahagian perut yang hendak dicucuk (dgn tangan kiri)
- puregon pen dipegang dengan tangan kanan & cucuk jarum perlahan-lahan
- bila jarum dah terbenam di perut, lepaskan cubitan & ambil pad alkohol (tangan kiri)
- tekan butang puregon pen, tunggu 10 saat kemudian keluarkan jarum sementara tangan kiri cuci luka cucukan tersebut menggunakan pad alkohol.

Pada CD13 datang check telur,and alhamdulillah telur membesar pada 18mm. Doktor ckp jom try iui. Esok dtg buat iui. So aku pun call kekanda suh cuti.. hohohoh.. excited mak nak..hohohoho

Ok kang sambung plak cite pasal iui.. Nak lunch jap..hhehhee

See u ya...

Sambung treatment - 1st treatment

Fuh penat.. dah macam marathon dah.hehehhee.. Nak wt camne,kerja makan gaji gini la kan.. Ok jom fokus pada TTC kita semula. Kali ni nk sambung cite pasal treatment yg terbantut masa duk ipoh dulu. Selepas penat berpindah randah,kemas apa yg patut dan setelah berhat dari treatment (padahal baru je nk mula..hehehehe) aku and kekanda wat keputusan untuk try buat treatment di satu klinik swasta di muar. Klinik kawan aku yg bgtau selepas wife dia berjaya peknen.. So pada hujung bulan Oktober 2012 aku nekad g klinik Tey Maternity. Staf klinik ni baik..peramah..walaupun muka dorg bengis..(adatla byk sgt kerenah manusia yg dorg nk hadap)..

Lepas daftar,staff tanya nk doktor Lim or Tey. SO aku dh sedia maklum yg Dr Tey ni patient ramai,appointment byk,kene tgu lebih lama. SO aku pilih je Dr Lim. Sama je kan sb dorg ni doktor juga..hehehe. Sambil tgu nama di panggil,round2 klinik dia dulu. tak besar mana tp sangat tersentuh tgk hiasan dinding klinik ni yang di hiasi dengan kad ucapan dan gambar baby yg menunjukkan hasil dari treatment di sini. Ada psangan yg 4 org anak dorg semua hasil dari treatment kt sini. Kagum kejap. hehehehe.. Best kan.. Then selepas 30 minit tgu nama di panggil.. Dup dap dup dap la kan.. Kenapa dup dap dup dap? sb seram nk tau apa soklan yg nk kene jawab..apa yg doktor nk buat dan macam2 lagi la..

Dr : Apa masalah?
Aku : Kami dah kawen almost 1 year but masih gagal dapatkan anak.
Kekanda : angguk kepala

Dr : Ok sila baring
Aku : Ok.. (dibantu oleh akak nurse)
Nurse : Buka seluar semua ye..
Aku : Semua ( ngan muka blur)
Nurse : aah semua.. doktor nak check.. Nk buat TVS..
Aku : angguk padahal xtau menda la TVS tu

Dr : Ok.. nmpk semua ok.. telur ada..belum cukup besar.. saiz 7mm.. hari ni CD berapa?
Aku : CD8
Dr : Ok,rahim,tiub semua ok. Telur pun ada,. U nmpk kan ni telur u.. ada 1. Just dinding rahim nipis   sikit. Doktor bagi ubat kasi tebal sikit dinding. CD13 datang balik klinik, Jgn bersama suami selepas CD11 ye..

Aku: Ok doktor

Selepas buat TVS,doktor catit kitaran period aku dalam komputer dia. kitaran aku 29hari. So dia cakap Ok je tue. xde masalah. Then dia suh kekanda i buat sperm count. Suh bawa result masa appointment CD11 nt.. Huhuhuhu..

Selesai dalam bilik doktor tgu plak ubat and bil.. Kos 1st treatment kene rm195..  Ok la kan.. Next appointment xpasti kene. Tp mmg xkan kurang dari rm50 sb rm50 tu consultain Doktor..hehehehe

Ok,balik la laki bini ini dengan hati berbunga sb tau ada telur..hahahhaa.. boleh x nk ckp gitu?heheheh dalam hati berbunga2..ingat xde telur la.. huhuhuhuhu..

Ok geng,nt i update lagi susulan treatment ni ye..

Berurusan dengan O&G Hospital Gomen.. ( GH )

Assalamualaikum dan selamat datang Mei..

Hehehee.. Walaupun bercuti semalam tepai xde la cuti sangat kan. Jalan sakan.. Sampai xde mood nak bekerja hari ini ( MasyaALLAH )..

Ok sementara nk warming up mood bekerja,meh nk cite pasal pengalaman berurusan dengan O&G Hospital kerajaan pulak. Aku mula rujuk ke Klinik Pakar O&G ni selepas mengalami sakit perut yang xhenti2. Xkuat mana tapi sangat xselesa. So kawan2 sekepala di opis syorkan utk dptkan nasihat  dari Pakar O&G. Ye la takut ada pape ke kan. So bermula la peristiwa yang mana perlu menunggu nama di panggil utk jumpa doktor. huhuhu.. masa ni mmg sangat mencabar. Mana tak nye,dalam kad temujanji tulis kul 8 pagi tapi nama di panggil around kul 11. Perut sudah lapau wa cakap sama lu. Tp demi perkhidmatan pakar itu,aku gagah juga la kan utk tgu. Then pas dipanggil,terkejut kejap sb ramai btl dlm bilik doktor tu. Ada 3 pesakit woo. Laju2 doktor tu bagi rawatan. Kagum kejap..hehehe. Then cam biasa dia tanya soklan basic:-

         - Umur
         - Berapa lama kawen

Then pas tu doktor suh g bilik ultrasound.. Dalam bilik tu tetiba aku jadi bahan eksperimen sb ada 5 org doktor praktikal dalam tu. Seb la semua pompuan kalau x,segan i tau. Nurse yang lakukan ultrasound tu cakap kedudukan rahim dan keadaan rahim aku elok je. And aku tny " napa saya selalu sakit perut belah kanan ni. Mmmg xselesa la". Nurse tu ckp " oo itu telur mau keluar tu. Normal semua tu. Jaga makan ye".. Ok lega dengar. Pas itu ,masuk balik doktor semula. Pas keputusan pada doktor and doktor sahkan " Ok,awak sihat. Xde benda yang merisaukan. And puan mahu teruskan dengan treatment untuk dapatkan baby?'.. Harus la aku cakap NAK kan. So pas tgk rekod ujian darah semua,aku dibekalkan dengan asid folic and Clomid. Zinc pun ada. Untuk 2 minggu. Then dapat tarikh appointment baru tapi xdapat nak sambung rawatan coz dapat transfer ke Melaka pula.

So terpaksalah hold dulu sesi rawatan dan akan diteruskan di Melaka nanti.

Hem bukan senang kan nak ada anak. Sebab tu emosi tgk org yang buang-buang baby tu. Sedih sgt.. Huhuhu.. Semoga usaha aku and kawan2 TTCian sekalian akan berhsil juga ye..

Jom bekerja.. Pasni nk g klinik sb PMS pula kali ni.. Adeh la.. Tetiba nak sedih sb usaha xberjaya lagi.. Sob..sob..sob

Tuesday, April 30, 2013

Keputusan Pap Smear

Hai you all.. ok mcm yg di ceritakn pd entry yg lps. Aku dh buat pap smear dan result nya semua OK. Syukur.. Doktor pesan pap smear kn buat lg dlm tempoh 3 thn lg. Kot2 ada cancer ke nt. Then pd hari CD2 aku g r amik darah. Lawak btl pak cik MA yg ditugaskan utk amik darah aku. Org yg dh pencen tp disambung service sb xcukup staff. Terketar2 pkcik cari urat nak cucuk. Last2 amik darah kt bwh pergelangan tgan je. Hehehe. so result tgu 5 hari lg. Then pd CD17 aku g ultrascan di klinik Dr Raofah di ipoh sb xsnbr nk tgu appointmnt ngn GH. Beliau scan perut. Tgk uteras. So far semua ok. So dpt nasihat and motivasi dr beliau. Best doktor raofah ni. Kos dia rm45 dapat MC 2 hari dan bekalan asid folic.

 entry akan dtg aku akan ceritakan pengalaman
berappoinmt di GH plak..


1st step..

Selamat Hari Pekerja.. Jom bercerita di pg hari yg sejuk ini. ok. step mula2 yg aku buat selepas almost 6 month married. Masa tu aku kerap sakit perut. So atas dasar risaukan perut ni la aku gagahkn diri g klinik. 1st klinik swasta ni ckp xde ape,perut angin je. Then dpt ubat gastrik and buang angin. Seminggu kemudian sakit lg. Masa ni tekad nk g wt ultrasound ( kes perasan peknen). Guna kelebihan staff KKM,redah kejap klinik Pakar O&G. Pas doktor scan,xde pe pun. Doktor pesan SILA BANYAKKAN MAKAN SAYUR. hahahahaha. Rupanya sakit sb perut malas bekerja.

 Selepas peristiwa itu,aku tergerak nak mula usha pasal baby.hehehe. So pegi la GH utk appointment. Masa g 1st appointment aku dh wt research sikit2. Paling penting jadual cycle period. paling koman 3 cycle. Pas nama dipanggil,doktor tny basic soklan. Bape tahun kawen.. masa ehem2 ada rasa sakit tak.. ada amik apa2 pil x.. kekerapan bersama.. cycle period.. then dh wt pap smear x? hohoho.oleh sb time appoinmt adalah CD7 and dh kering btl,so pap smear dilakukan. seriau btl.. Pas setel,doktor bg borang utk amik darah pada CD2 and CD21. oo ye borang utk hubby juga. sperm test. hehhehe. Result pap smear amik slps 2 mgu.next appointment 3 bln lagi. standard r GH kan. huhuhu





















Assalamualaikum

Assalamaualaikum dan dalam sejahtera..

 

Fuh banyak kali berfikir nak wujudkan blog TTC ni. Ye la, nk luahkan pada orang,malu..segan..takut kene gelak. So nk buat satu diari pasal usaha untuk TTC ni. Sebelum ni duk lalu lalang blog TTC yang sedia ada. Macam2 ilmu,pengalaman,cerita yang aku dapat. Macam2 perasaan bila baca.. Syok bila baca pengalaman dorang semua. Kesabaran geng-geng TTC ni mmg sangat tinggi wa cakap sama lu.. Bukan mudah nak tanggung ujian yang ALLAH bagi ni. Hope geng-geng TTC semua akan makin tabah dan xputus harapan la. termasuk la aku ni..

Ok,mukadimah yang ringkas dan padat untuk masa ini.. hehehe.. Jumpa lagi di lain coretan..

Bye..