Wednesday, May 1, 2013

Berurusan dengan O&G Hospital Gomen.. ( GH )

Assalamualaikum dan selamat datang Mei..

Hehehee.. Walaupun bercuti semalam tepai xde la cuti sangat kan. Jalan sakan.. Sampai xde mood nak bekerja hari ini ( MasyaALLAH )..

Ok sementara nk warming up mood bekerja,meh nk cite pasal pengalaman berurusan dengan O&G Hospital kerajaan pulak. Aku mula rujuk ke Klinik Pakar O&G ni selepas mengalami sakit perut yang xhenti2. Xkuat mana tapi sangat xselesa. So kawan2 sekepala di opis syorkan utk dptkan nasihat  dari Pakar O&G. Ye la takut ada pape ke kan. So bermula la peristiwa yang mana perlu menunggu nama di panggil utk jumpa doktor. huhuhu.. masa ni mmg sangat mencabar. Mana tak nye,dalam kad temujanji tulis kul 8 pagi tapi nama di panggil around kul 11. Perut sudah lapau wa cakap sama lu. Tp demi perkhidmatan pakar itu,aku gagah juga la kan utk tgu. Then pas dipanggil,terkejut kejap sb ramai btl dlm bilik doktor tu. Ada 3 pesakit woo. Laju2 doktor tu bagi rawatan. Kagum kejap..hehehe. Then cam biasa dia tanya soklan basic:-

         - Umur
         - Berapa lama kawen

Then pas tu doktor suh g bilik ultrasound.. Dalam bilik tu tetiba aku jadi bahan eksperimen sb ada 5 org doktor praktikal dalam tu. Seb la semua pompuan kalau x,segan i tau. Nurse yang lakukan ultrasound tu cakap kedudukan rahim dan keadaan rahim aku elok je. And aku tny " napa saya selalu sakit perut belah kanan ni. Mmmg xselesa la". Nurse tu ckp " oo itu telur mau keluar tu. Normal semua tu. Jaga makan ye".. Ok lega dengar. Pas itu ,masuk balik doktor semula. Pas keputusan pada doktor and doktor sahkan " Ok,awak sihat. Xde benda yang merisaukan. And puan mahu teruskan dengan treatment untuk dapatkan baby?'.. Harus la aku cakap NAK kan. So pas tgk rekod ujian darah semua,aku dibekalkan dengan asid folic and Clomid. Zinc pun ada. Untuk 2 minggu. Then dapat tarikh appointment baru tapi xdapat nak sambung rawatan coz dapat transfer ke Melaka pula.

So terpaksalah hold dulu sesi rawatan dan akan diteruskan di Melaka nanti.

Hem bukan senang kan nak ada anak. Sebab tu emosi tgk org yang buang-buang baby tu. Sedih sgt.. Huhuhu.. Semoga usaha aku and kawan2 TTCian sekalian akan berhsil juga ye..

Jom bekerja.. Pasni nk g klinik sb PMS pula kali ni.. Adeh la.. Tetiba nak sedih sb usaha xberjaya lagi.. Sob..sob..sob

1 comment:

  1. Jom cuba EKF. bagi melancarkan haid anda

    Note : Berminat untuk dapatkan Ekstrak Kacip Fatmah (EKF) sila PM ke https://www.facebook.com/pages/Ekstrak-Kacip-Fatimah-Johor/683573121666622?sk=messages_inbox

    ReplyDelete