Friday, May 3, 2013

Sambung Berusaha




Hai there.. hem seperti yang ditulis pada entry lepas,proses iui telah gagal. So tekad nk berehat dari treatment. Nak berusaha secara nature. So start November,aku xde amik apa-apa ubatan. kira 1 cycle la. Nk naturalkan badan balik la konon. Huhuhuhu.. then Berusaha secara manual. Tapi gagal juga.. So selepas hbs period cycle disember,aku mula amik FertilAid For Women dengan kapsul Habbatus Sauda. 
FertilAid for Women

FertilAid ni aku beli pakej sekali ngan Men punya. Nak bagi kekanda makan sekali tapi syg nya kekanda tidak mahu makan. huhuhuhu.. So terbiar je benda itu.. Huhuhuhuhu.. Perubahan yang aku dapat bila makan pil ini:-

  Minggu 1st
        ~ Badan naik. Padahal makan cam biasa.
        ~  pening.. 
        ~ Badan rasa panas woo.. macam nk demam
        ~ Lawas yakyak ( suka ok )

Minggu seterusnya
       ~ kurang pening 
       ~ terasa kering 'di bawah'

FertilAid ni tak boleh makan bersama pil kesuburan yang lain. Bergaduh dia dalam perut kita nnt. So kene minum air lebih untuk turunkan suhu badan. Pil ini amik 2 biji sehari. Pagi dan Malam.

Habbatus Sauda plak aku amalkan sebab nak jaga kesihatan badan.. Hehehhee.. 
Kesimpulannya, FertilAid ni mmg membantu utk EW. Lebih baik makan sekali ngan FertilAId CM. Tapi aku xamik la,sb harga dia.. Hohohohoho.. Aku amalkan FertilAid ni sebotol je. Habis stok,xamik dah sb tak mesra badan la.. Hahahahha.. Makin montel.. risau mak nak.. 
So nak try produk lain plak nt. Macam2 sebenarnya produk yang ada utk bantu kesuburan ni. Just kene cuba dan tgk penerimaan bdn kita. 

Pada awal 2013 aku cuba berjinak2 dengan serbuk debunga kurma plak.. Mula2 aku beli dekat hamilcomel sekali ngan OPK stick. Aku amalkan makan dengan madu asli. Mmg betul apa yang tertulis dalam blog2 TTC yang dah try serbuk kurma ni,bau dia sebiji bau air mani. hehehe.. tp bila makan dengan madu asli,kuang la bau dia kan. Serbuk ni xboleh makan time period. Kalau xsilap,nt kering plak period. So aku amik bila period betul2 dh kering,biasanya CD8. Amik sampai period datang balik.

Dalam masa yang sama ada la tanam kacang hijau. konon nak buat taugeh kan..hahahha.. last2 xjadi sb malas nk rebus taugeh tu.. So  beli je kat kedai,tumis or buat ulam je.. Tu pun kadang2. Bila hari2 makan taugeh,nt kekanda akan kuar statement ini "alahai taugeh lagi".. kahkahkah.. sabau je la kan..
Maka diselang seli kan la sengan sayuran hijau lain.

Sebenarnya aku sangat suka bila dengar ada kenalan mak abah or sedara mara aku yang nk ke Tanah Suci. Aku akan minta dorg sedekahkan duit kpd penjaga masjid di mekah. Ye la mekah punya masjid xde tabung,menurut mak cik aku la.. Dengan niat semoga bertambah rezeki aku nt. Mmg tak pernh miss buat aktiviti sedekah ini. Gembira wa cakap sama lu. hehehe.. And ada juga sedara yang ingat kat aku bila dorg buat haji or umrah.. Sedih and terharu bila dorg balik dari Tanah Suci,dorg ada belikan serbuk debunga kurma dan minyak habbatus sauda untuk aku. Dia pesan,masa makan tu niat la semoga di kurniakan zuriat. Terharu tp happy sgt. 


Ada sorg lagi sedara aku,bagi pada aku kurma muda dengan delima. Buah delima dari tanah arab ni sngt sedap. Lain dari yang jual kt pasaraya2.. Kurma muda ni aku rendam ngan susu panas kejap,bg lembut then makan begitu shj. Rasa lemak2.. hehehhee

Semoga doa mereka akan termakbul la ye untuk tgk aku peroleh zuriat aku sendiri. Amin..

Ok nnt aku update padal kesan pas amalkan makan2 di atas ye..

No comments:

Post a Comment