Wednesday, May 1, 2013

Sambung treatment - 1st treatment

Fuh penat.. dah macam marathon dah.hehehhee.. Nak wt camne,kerja makan gaji gini la kan.. Ok jom fokus pada TTC kita semula. Kali ni nk sambung cite pasal treatment yg terbantut masa duk ipoh dulu. Selepas penat berpindah randah,kemas apa yg patut dan setelah berhat dari treatment (padahal baru je nk mula..hehehehe) aku and kekanda wat keputusan untuk try buat treatment di satu klinik swasta di muar. Klinik kawan aku yg bgtau selepas wife dia berjaya peknen.. So pada hujung bulan Oktober 2012 aku nekad g klinik Tey Maternity. Staf klinik ni baik..peramah..walaupun muka dorg bengis..(adatla byk sgt kerenah manusia yg dorg nk hadap)..

Lepas daftar,staff tanya nk doktor Lim or Tey. SO aku dh sedia maklum yg Dr Tey ni patient ramai,appointment byk,kene tgu lebih lama. SO aku pilih je Dr Lim. Sama je kan sb dorg ni doktor juga..hehehe. Sambil tgu nama di panggil,round2 klinik dia dulu. tak besar mana tp sangat tersentuh tgk hiasan dinding klinik ni yang di hiasi dengan kad ucapan dan gambar baby yg menunjukkan hasil dari treatment di sini. Ada psangan yg 4 org anak dorg semua hasil dari treatment kt sini. Kagum kejap. hehehehe.. Best kan.. Then selepas 30 minit tgu nama di panggil.. Dup dap dup dap la kan.. Kenapa dup dap dup dap? sb seram nk tau apa soklan yg nk kene jawab..apa yg doktor nk buat dan macam2 lagi la..

Dr : Apa masalah?
Aku : Kami dah kawen almost 1 year but masih gagal dapatkan anak.
Kekanda : angguk kepala

Dr : Ok sila baring
Aku : Ok.. (dibantu oleh akak nurse)
Nurse : Buka seluar semua ye..
Aku : Semua ( ngan muka blur)
Nurse : aah semua.. doktor nak check.. Nk buat TVS..
Aku : angguk padahal xtau menda la TVS tu

Dr : Ok.. nmpk semua ok.. telur ada..belum cukup besar.. saiz 7mm.. hari ni CD berapa?
Aku : CD8
Dr : Ok,rahim,tiub semua ok. Telur pun ada,. U nmpk kan ni telur u.. ada 1. Just dinding rahim nipis   sikit. Doktor bagi ubat kasi tebal sikit dinding. CD13 datang balik klinik, Jgn bersama suami selepas CD11 ye..

Aku: Ok doktor

Selepas buat TVS,doktor catit kitaran period aku dalam komputer dia. kitaran aku 29hari. So dia cakap Ok je tue. xde masalah. Then dia suh kekanda i buat sperm count. Suh bawa result masa appointment CD11 nt.. Huhuhuhu..

Selesai dalam bilik doktor tgu plak ubat and bil.. Kos 1st treatment kene rm195..  Ok la kan.. Next appointment xpasti kene. Tp mmg xkan kurang dari rm50 sb rm50 tu consultain Doktor..hehehehe

Ok,balik la laki bini ini dengan hati berbunga sb tau ada telur..hahahhaa.. boleh x nk ckp gitu?heheheh dalam hati berbunga2..ingat xde telur la.. huhuhuhuhu..

Ok geng,nt i update lagi susulan treatment ni ye..

No comments:

Post a Comment